assalamualaikum
bismillah ir rahman nir rahim
saya dahulukan dengan permohonan maaf jika artikel ini kurang lengkap atau ada kesalahan didalamnya,justeru itu minta tunjuk ajar dari semua saudara-saudara semua..insya'Allah
- Jadikanlah diri anda seorang yang pemurah serta elakkan sifat kedekut, ini adalah kerana Allah SWT Maha Pemurah dan suka kepada mereka yang bermurah hati.
- Tunaikan zakat fardhu dan janganlah kedekut terutamanya terhadap orang yang berhak menerimanya
- Jika anda menghadapi kesulitan (kewangan), minta dan mohonlah kepada Allah dengan tidak mengharapkan manusia yang serba kekurangan bagi menyelesaikannya.
- Biasakan diri dengan bersedekah dan janganlah mengelakkan diri daripadanya
- Bersedekahlah daripada bahan yang kamu suka, kerana sesungguhnya Allah SWT ada berfirman menerusi ayat 92 surah Ali ‘Imran yang bermaksud: Kamu tidak akan mencapai kebaikan melainkan kamu bersedekah sesuatu itu daripada apa yang kamu suka.
- Bersedekahlah dengan cara tersembunyi dan membayar zakat dengan cara terang agar dapat dicontohi oleh orang lain
- Berilah sedekah kamu itu terlebih dahulu kepada kerabat anda dan mereka yang memerlukannya
- Berilah pinjaman wang anda kepada mereka yang memerlukannya
- Pantaulah orang yang kedekut untuk membantu orang lain dengan kelebihan hartanya serta berilah sesuatu nasihat berguna daripada ajaran agama mengenainya
- Belanjakanlah harta anda pada perkara-perkara yang baik seperti mana membina masjid, menyebar ilmu agama, kerana dengan tindakan itu termasuk daripada konsep sedekah jariah
- Benarkan isteri anda bersedekah daripada sebahagian wang anda.
- Jamulah orang ramai dengan makanan dan minuman anda, dan jangan sekali-kali mengungkit tentang apa yang telah anda berikan..
- Bersyukurlah anda pada perkara-perkara maa’ruf dan berdoalah selalu terhadap orang yang melakukan kebaikan
- Janganlah anda bertindak sesuatu yang boleh melukakan hati si pemberi/peminta sedekah
- jikalau tidak mampu bersedekah dengan harta sedekah lah melalui senyuman/tenaga/ilmu dll
No comments:
Post a Comment