Tuesday, December 27, 2011

Cara -cara mengatasi sifat marah

Sumber Gambar iluvislam.com

  • 1. Istighfar 
  • 2. Senyum
  • 3. Melihat cermin (masa marah tu, terus tengok cermin. Cantik tak muka masa tu?)
  • 4. Lambatkan tindak balas dan tarik nafas. Oksigen akan menenangkan fikiran.
  • 5. Anggap perbuatan dia tidak sengaja dan banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  • 6. Banyak minum air
  • 7. Ambil wudhu
  • 8. Mengubah Posisi.( Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring)
  • 9. Pecahkan rutin harian
  • 10. Lepaskan (contoh : senam, riadah,)
  • 11. Jaga pemakanan (kebanyakan orang yang suka makan daging merah cepat marah)
  • 12. Memaafkan orang lain
  • 13. Ingat mati
  • 14. Dukung bayi
  • 15.Banyakkan berdiam diri
  • 16. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah
    tidur.
kemarahan adalah satu-satunya dari tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan..
Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lain-lain.Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan..

P/s :: Belajar lah untuk memaafkan,Berikanlah maaf agar kita juga mudah dimaafkan,Terkadang hati juga sukar untuk memaafkan ,Sedangkan Allah maha pengampun ,Inikan pula kita manusia yang bergelumung dosa dan noda..

Sunday, December 18, 2011

Gunakan sebijaknya apa yang diberi percuma dari NYA

 
~ Cantik solekan tapi sayang ~
jika menyebabkan wajah tak dapat dibasahi wuduk

~ Tegap tubuh badan tapi sayang ~
jika tak tunduk bersujud

~ Manis ulas bibir tapi sayang ~
jika tak selalu melafaz zikir

~ Mewah harta tapi sayang ~
jika tak pernah sedekah pada yang berhak

~ Cerdik otak kepala tapi sayang ~
jika tak boleh membezakan dosa & pahala

Thursday, December 1, 2011

Bunga atau mutiara




Bunga atau mutiara? Tajuk yang indah ini menarik perhatian saya ketika saya membaca satu soalan yang ditujukan kepada para gadis ; “Manakah yang anda pilih bunga atau mutiara? ” Bunga cantik. Begitu juga dengan mutiara.Jadi yang mana satukah yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, meggoda dan menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga. Tetapi bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik mentari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin juga ada oarang yang akan memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek. Sedangkan mutiara akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cengkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak. Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan bunga hanya sementara dan kecantikan mutiara akan kekal. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.Bukalah mata mu,fikirlah dengan bijaksana .selamat beramal

Saturday, November 26, 2011

Pesanan untuk pencari ilmu



  •  1) jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU 
  • 2) jika engkau bertemua dengan orang yang SAMA PANDAI itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU 
  • 3) jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI itulah waktu untuk engkau MENYAMPAI ILMU 
  • 4) jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI 
  • 5) jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI.itulah waktu engkau DIAM DAN BERLALU PERGI 

sumber -pesanan dari sahabat di laman web sosial Tagged

Tuesday, November 22, 2011

Allah sayang pada kita


*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. 

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA. 

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.


Perancangan kita tak sama dengan perancangan ALLAH s.w.t .Perancangan DIA sempurna jika dibandingkan perancangan kita yang selalu kekurangan..Oleh itu bersangka baiklah kepada ALLAH..
 

Terkadang kita salah dalam merasa.



Kita SUSAH tapi ada yang LEBIH SUSAH dari kita, 
Kita DERITA tapi ada yang LEBIH DERITA dari kita, 
Kita SEDIH tapi ada yang LEBIH SEDIH dari kita,
Kita SAKIT tapi ada yang LEBIH SAKIT dari kita

 
Rupanya kita lebih SENANG dari MEREKA.
Rupanya kita lebih BAHAGIA dari MEREKA.
Rupanya kita lebih GEMBIRA dari MEREKA.
Rupanya kita lebih SIHAT dari MEREKA.

Lihatlah sekeliling dahulu sebelum kita mengeluh akan situasi kita..

Saturday, November 12, 2011

SEBAB MATA LELAKI GEMAR MELIHAT BADAN WANITA




Malam pasangannya siang,Jaga pasangannya tidur,Rajin pasangannya malas,Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,maka ia ada hubung kait dengan nafsu.Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.Simbol apa, semua orang tahu.Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelakidengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, keranaterus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.


Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga...

sumber-http://atiezukie.webs.com/apps/blog/

Wednesday, September 28, 2011

Dosa 24 jam di Internet

Apa yang jadi pada akaun FB kita,selepas kita mati?mari kita renung-renungkan bersama,Jika esoknya kita mati,dan dimana akaun FB kita ini,hanyalah kita yang tahu password dan hanya kita yang mampu access..Adakah akaun kita sentiasa mengalirkan pahala atau dosa yang berpanjangan.Wallahualam bissawab.Mari kita saksikan video ini.Insya'Allah memberi kesedaran pada kita.





Tuesday, September 27, 2011

Andai Engkau Jodohku

Picture From Google

"Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak."

Saturday, September 24, 2011

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran diSeluruh Semenanjung

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran diSeluruh Semenanjung :-
  • UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000 
  • SPM : RM3,000-RM8,000 
  • STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000 
  • DEGREE : RM12,000-RM15,000 
  • 2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000 
  • PHD : RM20,000-RM30,000..

Seram juga tengok statement ini


Kenapa nak disusahkan apa yang telah dihalalkan dan kenapa mesti nak senangkan apa yang telah diharamkan.berkahwin itu salah satu sebab hendak mengelakkan maksiat ,menjaga keturunan , penyambung silaturahim dan macam-macam lagi hikmah disebalik perkahwinan ini..kenapa perlu meletakkan harga yang tinggi-tinggi seperti diatas adakah kerana hendak menjaga status atau nama punca semua jadi begitu nauzbillahi min zalik..


Seharusnya bakal suami patut disayangi bukan dibebani..kahwin dalam islam itu mudah saja,tetapi adat yang banyak menyusahkan.maaf jika saya berkata mengenai adat,tapi jika adat itu menjadi penghalang perkara yang mulia buat apa adat itu patut diikuti.Biarlah mati adat jangan mati agama...Jadi pilihlah nak ikut islam atau adat...Semoga artikel ini memberi kesedaran Insya'Allah.


Akhir sekali,renung-renungkan dan selamat beramal.



Maksud hadith: Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)


Friday, September 2, 2011

Nasihat : Bukan Bermakna Diri Sudah Sempurna


Kita selalu dengar macam ni kan?

Eleh, sibuk nak nasihat orang, diri sendiri pun tak betul. Sibuk. Jaga tepi kain sendiri dah laa

Ngee.. pernah jumpa tak? pernah tak? Tak pernah? bagus......... Itu maksudnya kita di kelilingi oleh orang-orang yang suka menegur, memberi nasihat dan juga menerima nasihat. Kan?

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri-

Dengan 1 gambar ni, mungkin boleh kita bongkarkan apa yang terzahir mahupun batin daripada gambar ini.


Sila klik untuk tumbesaran dan zoom kan untuk penglihatan lebih jelas! mutiara bernilai

Dah tengok gambar? Bila dinasihatkan, dia kata apa? kau bukan ustaz nak sound2 aku nie. Lagi bila kawan dah jadi ustaz, dia kata? kau bukan tok guru pulak. Bila kawan dah jadi tok guru, dia kata apa pulak? Kau bukan ulama' nak tegur2 aku. Dan kemudiannya bila mati mati......?


Kita tak perlu mencari orang yang sempurna untuk menegur kita.. dan kita tak perlu menjadi orang yang sempurna untuk menegur orang lain.. kerana orang arab selalu kata, nobody is perfect! :)


Jadi tegurlah saya kalau saya salah, dan saya juga menegur bukan kerana saya betul dan awak salah, tapi kita setiap hari belajar untuk memperbaiki diri bukan? Dan pembaikan itu lebih baik apabila kita saling nasihat-menasihati..





Wednesday, July 20, 2011

Kasih ku sampai ke Syurga -By MsErzila



Dipercantikan lagi oleh ukthi Erzila azrey. shukran ukthi video nya indah sekali..semoga memudahkan pengertiaan..Insya'Allah

Monday, July 18, 2011

Yakinkah kita esok masih ada lagi untuk kita?



Kalau seseorang itu tiba-tiba terasa hendak membuat amal soleh, maka eloklah dia menyegerakannya. Jangan bertangguh-tangguh.

Dan jika seseorang itu, mahu bertaubat akan segala perbuatan jahatnya, maka hendaklah dia terus melakukan taubat itu tanpa bertangguh-tangguh kerana dengan keikhlasannya bertaubat itu mungkin akan dapat menukar kedudukannya di sisi Allah kalau dia mati ketika itu iaitu mungkin dengan segala kejahatannya dulu dia mungkin akan dimasukkan ke neraka tetapi dengan kesempatanya bertaubat itu Allah akan meredhakannya ke syurga. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang dan sentiasa menyukai hamba-hambanya yang selalu bertaubat dan bertakwa kepadaNya.


"Yesterday was a history, Tomorrow is a mystery and  Today is a gift. Thus, value the Gift and appreciate the Giver as we will not know whether we'll get the gift again."

Walau pun esok masih ada, belum tentu esok yang masih ada itu akan ada untuk kita!... Tidak rugi berbuat baik kerana kalau memberi yang baik, maka baik jugalah hasilnya.



Gerangan apakah kita yakin bahawa esok masih ada lagi untuk kita?Adakah kerana tubuh yang sihat dan umur yang masih muda kita yakin bahawa esok masih ada untuk kita.Cuba kita tanya pada diri kita sendiri pernah kah kita terfikir adakah esok mata ini akan berkedip lagi? Yakinkah esok tubuh ini masih ada daya lagi? Yakinkah esok akal ini masih waras seperti ketika ini? Yakinkah esok masih ada,belum kiamat??Astagfirullah




Saturday, July 16, 2011

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Mayat Firaun




Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Kisah Firaun dalam al-Quran
Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah

Ada sumber yang lain mengatakan bahawa Dr maurice bucaille tidak memeluk islam..wallahualam bissawab