Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. ‘Untuk apakah paku2 ni ayah ?’ tanya pemuda tersebut. ‘Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu dihadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu’ jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakakan juga berkurangan. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahannya daripada memukul paku pada tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah walaupun sekali.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari dan akhirnya ia berjaya mencabut kesemua paku2 tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada ayahnya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata ‘kamu telah melakukannya dengan baik,anakku tetapi lihatlah kesan lubang2 di tembok batu tersebut.
TEMBOK ITU TIDAK AKAN KEMBALI SEPERTI SEBELUMNYA. BILA KAMU MELAKUKAN SESUATU ATAU MENYATAKAN SESUATU KETIKA MARAH, IANYA AKAN MENINGGALKAN KESAN PARUT DAN LUKA, SAMA SEPERTI INI. KAMU BOLEH MENIKAM SESEORANG DENGAN PISAU DAN MEMBUNUHNYA.
Tetapi ingatlah beberapa kali kamu memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka dihati lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Sahabat yang sejati akan membawa kamu ke arah kegembiraan dan kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.’
Maafkanlah sesiapa jua sekiranya seseorang itu pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kita…
Memang senang ungkapkan dengan kata2.. ‘Maafkanlah sesiapa jua sekiranya seseorang itu pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kita tapi mudah ke untuk memaafkan seseorang itu…’
Hatiku banyak kesan lubang. Kesan daripada paku2 yang orang lain tinggalkan. Kadang2 ada kesempatan untuk membalas tapi tidak pernah terlaksana. ‘Apa perasaan anda jika anda berada ditempat saya?’ soalan itulah yang selalu aku fikirkan setiap kali aku nak buat tindakan yang melulu. Fikirkan semula, buat apa bertindak bodoh seperti mereka? Jika kita membalas apa yang mereka lakukan pada kita, bermakna kita pun SAMA BODOH MACAM MEREKA. Masa tu, hati memang sakit. Hanya Allah yang tahu.Kadang2 aku jadi makin tak faham.. Kebenaran ada didepan mata mereka tetapi BUTAKAH mereka atau hanya berpura2 tidak nampak? Sabda Rasulullah, “Kepimpinan itu adalah amanah dan pada hari akhirat kelak boleh jadi kehinaan dan penyesalan. Kecuali bagi orang yang menerimanya dengan cara yang hak serta menunaikan kewajipan yang terpikul diatasnya.” ALLAH itu MAHA ADIL.
No comments:
Post a Comment