Saturday, September 25, 2010

Bakar jari melawan hasutan iblis





Kisah berlaku sewaktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Apabila sampai ke tempat yang ditujui para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa...lengang, sepi!


Maka guru pelatih pun mula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.


Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedari, dah tertinggal dari rombongan tersebut.


Penjaga yang bertugas ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, jadi mereka pun balik meninggalkan tempat tersebut.


Cikgu pelatih yang tertinggal tu mulalah gelisah..... menjerit sekuat hati, cemas yang amat memanggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi dia hampa.


Jadi dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Mulalah letih dan menangis panggil mak ayah.


Pusing pusing nampak satu pondok kecil berdekatan dengan tempat tu. Oleh itu, dia pergilah mengetuk pintu pondok itu. Keluar seorang pemuda anggaran umur lingkungan lewat 20an dan bertanya: Siapa kamu? Jawab lah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tidak tahu nak pulang.


Berkata lah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya terletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tidak di diami oleh sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang yang hilang akal...


Disebabkan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam di pondok dia sementara menunggu subuh untuk di hantar pulang.


Cikgu itu di suruh tidur di atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur di atas lantai berhamparkan sehelai kain dan menggunakan sehelai kain lain yang digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.


Lelaki tadi duduk di penjuru pondok dan membaca buku. Manakala cikgu itu menutup seluruh badan dia dengan kain gebar menahan menangis dek terlalu takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.


Tiba-tiba lelaki tu menutup buku dan pergi menghampiri lilin yang menyala dan terus membakar jarinya satu persatu.


Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut akibat terlalu takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang. Menggeletar kesejukan cikgu itu menahan ketakutan memikirkan nasibnya... Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi......


Apabila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ke tempat asalnya. Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yg terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu telah berlaku, disebabkan dia tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dan teramat takut.


Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anak nya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi begitu hairan melihat jari-jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa...?


Jadi lelaki itu pun bercerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk menumpang bermalam di pondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.


Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang ke rumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katilnya 2 malam  yang sudah..........wallahu'alam bissawab


pengajaran didalam cerita ini::
syaitan tidak akan pernah berhenti dari terus menghasut anak-anak adam dari sentiasa melakukan salah dan dosa..jadi peliharalah diri kita dari terpengaruh dengan hasutan-hasutan nya..ingat lah bahawa syaitan itu tiada masa "CUTI" sentiasa berkerja sampai ot 24 hours..biarlah dunia ini sebagai "penjara" bagi kita dan syurga bagi orang-orang kafir..dan jangan biarkan nafsu menguasai diri kita...wallahualam bissawab..


sumber :: musafir mencari sinar iman
            Portal islam murabbi

No comments: