Saturday, September 25, 2010

Hikmah berkata benar



Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani bercerita: "Aku telah diajar dalam semua perkara, di ketika mana sahaja, agar sentiasa bersifat benar." Suatu ketika aku telah keluar dari Kota Mekah menuju ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Ibuku telah membekalkan aku sebanyak empat puluh dinar sebagai keperluan makan dan minumku. Ibuku berpesan supaya aku berakhlak dengan sifat benar.

Bila rombongan khalifahku sampai ke bumi Hamdan, sekumpulan perompak menyerang khalifah kami. Salah seorang perompak itu telah datang kepadaku dan bertanya,?Apa yang ada padamu??

Aku berkata, ?Empat puluh dinar.? Perompak itu menyangka aku memperolok-olokkannya, lantas dia meninggalkan aku.

Bagaimanapun aku telah diperhatikan oleh perompak lain. Dia juga bertanya kepadaku, "Apa yang ada pada kamu?"

Aku pun memberitahu apa yang ada padaku sepertimana tadi. Perompak itu telah membawa aku menemui ketuanya. Ketuanya bertanya kepadaku, dan aku menceritakan hal keadaanku yang sebenar.

Ketua perompak itu bertanya,?Apakah yang menyebabkan kamu berkata benar??

Aku berkata, ?ibuku telah berpesan agar aku berkata benar, sesungguhnya aku amat takut untuk mengkhianati pesannya."


Perompak itu sungguh terkejut dengan jawapan itu. Dia ketakutan lantas berteriak sambil berkata, ?Kamu takut mengkhianati pesan ibumu sedangkan aku tidak takut mengkhianati pesan Allah.?

Ketua perompak itu lantas memerintahkan orang-orangnya mengembalikan barang-barang yang telah dirampas dari khalifah itu sambil dia berkata, ?Aku bertaubat kepada Allah melalui engkau!?

Perompak yang lain pun berkata, ?Engkau ketua kami dalam merompak, kini jugalah ketua dalam bertaubat!?

Perompak-perompak itu bertaubat beramai-ramai dengan berkata sifat benar dan jujur yang ditunjukkan oleh Syeikh Abdul Qadir Al Jalaini itu.
wallahulama bissawab...

No comments: