Showing posts with label Bahaya Facebook. Show all posts
Showing posts with label Bahaya Facebook. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Bahaya pergaulan bebas di laman sosial

Takrifan pergaulan bebas tanpa batasan di zaman kemajuan siber tidak lagi bermaksud bertemu secara fizikal, malah fenomena pergaulan menerusi laman sosial ketika ini turut disifatkan boleh menjerumuskan individu terjebak dalam bencana akhlak.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata pelayar laman sosial selalunya terperangkap mendedah identiti diri dan rahsia menerusi pihak tak bertanggungjawab dengan niat memperdaya.
Menurutnya, apabila mangsa sudah terpedaya hingga sanggup mempamerkan diri termasuk penyerahan gambar tak bermoral sama ada diambil secara sedar atau tidak sedar, pihak yang menganiaya itu akan mula mengambil kesempatan lain seperti ugutan dalam bentuk seks atau wang.
“Bahaya (pergaulan bebas di laman sosial) sama seperti pergaulan bebas secara bersemuka. Secara prinsipnya, sebagai contoh wanita memegang status isteri yang asyik chatting (berbual maya) dengan bukan mahram hingga menaikkan nafsu tetap berdosa walaupun tidak bertemu fizikal.
“Sebenarnya orang yang mampu berinteraksi di laman sosial adalah orang yang ada kepandaian. Tetapi akibat jati diri lemah, orang yang pandai akan menjadi tidak bijak seterusnya mudah terpedaya,” katanya.
Menurutnya, kemajuan teknologi termasuk terciptanya laman sembang sosial seharusnya dimanfaatkan untuk perkara lebih bermakna seperti majlis ilmu, meluaskan pengetahuan atau berguru dengan pensyarah dari jarak jauh.
Katanya, adalah sangat merugikan apabila kita bukan saja ketinggalan, malah menjadi mangsa teknologi daripada kemudahan di laman sembang sosial.
Wan Mohamad berkata, masyarakat kena berpegang kepada prinsip tak boleh bergaul bebas walau apa cara sekalipun dengan gaya hidup yang berubah sepantas teknologi.
“Bagaimanapun, saya nasihat kepada yang terlanjur dan pernah jadi mangsa supaya segera bertaubat. Tinggalkan budaya buruk sebelum hati menjadi keras mendekati Allah.
“Semua pihak perlu menyokong memulihkan kembali kehidupan mangsa kes sebegini. Kita tak boleh terus-terusan mengecam sebab perbuatan itu menyebabkan mangsa akan murung dan berputus asa,” katanya

sumber::My Metro.

Thursday, January 6, 2011

Internet : Antara Tiga Golongan, Anda Yang Mana Satu?

 
 
 
 
Pada masa kini secara umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung jari anda.

Terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet ini :

Pertama : Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.


Kedua : Golongan yang menghabiskan masa berada depan computer dengan bermain game, mendengar lagu, berborak kosong( chatting) dengan sesiapa sahaja, ‘merayau-rayau’ tanpa tujuan dan yang sewaktu dengannya. Waktunya dihabiskan berjam-jam tanpa sebarang faedah untuknya.

Ketiga : Golongan yang menggunakan internet untuk memuat naik dan memuat turun gambar-gambar tidak senonoh,melawati laman-laman porno, mengumpat, menyebarkan fitnah, melaga-lagakan manusia, menghasut sehingga memutuskan hubungan silaturahim dan  memusnahkan rumahtangga, berborak menggunakan bahasa kesat dan kasar, memuat naik gambar-gambar peribadi yang mendedahkan aurat dan banyak lagi aktiviti-aktiviti di internet yang mengundang laknat dan murka Allah SWT.

Bersama-sama kita bermuhasabah. Saya dan anda golongan yang mana?. Sekiranya anda golongan yang pertama, anda hebat!. Anda beruntung dan berbaloi walaupun dua atau tiga jam mengadap computer.

Sekiranya anda golongan yang kedua, anda golongan yang rugi kerana masa anda dipersia-siakan tanpa sebarang faedah. Anda akan menyesal di akhirat nanti ketika berdepan dengan hisab amalan satu persatu termasuk masa yang kita habiskan.

Atau anda golongan yang ketiga? Awas!!! Dan hentikan tabiat buruk itu. Anda sedar atau tidak anda sebenarnya membuat koleksi dosa-dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil. Dosa mengumpat dan memfitnah zaman moden ini amat mudah dilakukan. Tidak perlu bersuara atau berkumpul ramai-ramai. Hanya dengan sekali klik dosa mencurah-curah menjadi milik anda.

Mudarat internet amat besar. Kerana internet  boleh menghilangkan  maruah diri seseorang, boleh meruntuhkan rumahtangga, boleh memutuskan hubungan dua sahabat dan boleh meruntuhkan sebuah kerajaan.

Konklusinya, berhati-hatilah dalam menggunakan kemudahan internet. Manfaatkan kemudahannya untuk menjana amal soleh dan kebaikan di dunia dan akhirat. Jangan kerananya menyebabkan kita menerima penghinaan dan azab yang pedih bila kembali ke kehidupan yang sebenar nanti.


sumber-http://www.blogtopsites.com 

Friday, October 8, 2010

Tentang Facebook


Assalamualaikum warahmatullah hir wabarakatuh..

bismillah ir rahman nir rahim...

Artikel ini berkaitan facebook yang saya tulis untuk kali ke-2,,sebelum ini saya ada post artikel tentang facebook juga..jika ada saudara-saudari yang belum membaca nya boleh klik di link yang saya sertakan;


dan


Tentang cara pengunaan facebook,ada yang guna untuk mencari makwe/pakwe, kawan, cari bahan rujukan, berdakwah ,dan lain-lain lagi yang tidak dapat saya nyatakan disini..Tapi adakah kita mengunakan nya dengan cara yang bijak??sesetengah dari mereka bila mengunakan facebook tidak banyak yang mengambil kelebihan dari facebook itu sendiri..kerana apa saya cakap begitu.cuba perhatikan apa yang berlaku setiap hari difacebook.perhatikan apa yang dipost oleh mereka..kebanyakanya post-post yang tidak mendatangkan faedah,caci makian,membuka aib,dan lain-lain lagi..bukan nak tunjukkan keburukan mereka,tapi sebagai seorang muslim wajib bagi saya menyampaikan apa yang saya tahu,apa yang saya tulis ini adalah untuk semua saudara-saudara islam saya termasuk diri saya sendiri..

Facebook hanyalah alat bukan matlamat. Seumpama pisau di dapur, memang bahaya jika diguna untuk membunuh tapi tetap bemanfaat untuk memasak dan memotong ikan & sayur. Maka bukan salah pisau, cuma salah buat sesiapa yang menyalahgunakannya.

Sama lah juga dengan  facebook,jika kita mengunakannya untuk kepentingan sendiri atau kepuasaan sendiri,akhirnya tidak bergunalah facebook itu,tapi ianya tetap bermanfaat jika digunakan untuk tujuaan berdakwah,menyebarkan ilmu,atau yang lain-lainnya..jadi bukan salah facebook itu sendiri tapi salah tuan empunya account facebook itu...

Sama saja mudharatnya FACEBOOK, YM, MSN,MYSPACE , BLOG dan yang sewaktu dengannya jika tidak dijadikan alat untuk berjuang..
Bukan nak "PERLI" pengguna FACEBOOK saja tau..hehe,,

Cuba fikirkan apa yang kita dapat bila kita post artikel-artikel yang bermanfaat..bukankah ianya sedikit sebanyak  menambahkan "saham" kita diakhirat kelak.takpun orang ramai akan tahu apa yang mereka tidak tahu,tapi fikirkan juga jika kita post mengenai hal-hal yang buruk..segala hal yang kita lakukan tidak akan terlepas dari pandangan ALLAH subhanallah taala..ketahui lah diakhirat sana segala amal kita akan dipertontonkan kan..lebih hebat dari facebook..time itu juga kita akan ditanya,kenapa kita perli orang itu?,kenapa kita maki orang itu??,kenapa kita buka aib orang ini..semua akan ditanya,tiada satu pun yang terlepas..so berhati-hatilah bila menaip.walaupun di FACEBOOK, BLOG , TWITTER, YM atau di mana saja

Gunalah akal yang diberi untuk berfikir jangan diturutkan nafsu...buka mata kita, buka hati kita dan buka fikiran kita..

Alhamdulillah..selesai nota ke-2 tentang facebook..jika ada kesalahan ayat atau apa tegur lah saya ya.insya'allah saya akan menerimanya dengan fikiran terbuka..

shukran jazilan kerana sudi membaca dan menyebarkannya..

Hati-Hati bila menaip perkataan ISRAEL







Hati-hati!!Mulai sekarang jangan pernah menuliskan kata-kata yang 6 huruf nya iaitu I5Ra3L (tulisan biasa) di wall, status, nota atau saat mengupload apa saja, karena secara automatik anda akan langsung masuk ke fans page ini TAPI JANGAN DI LIKE :


http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts


Cuba lihat.Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu...Padahal mereka tak bermaksud untuk bergabung..Mungkin anda juga termasuk dari mereka yang telah tergabung tanpa disengaja..Waspada dan segera untuk keluar karena jumlah anggota mereka setiap saat akan bertambah,

Jika kita menulis nama negara itu sesuai aslinya maka informasi itu akan terus ke page ISRAEL dan diperlihatkan disana, semua postingan yg mengandungi perkataan israel ada disana juga

Sebarkan info ini ke saudara-saudara kita yang lain..Karena kita bukan pengikut "The Real Terorist"..

Tidak hairan bahawa akhir-akhir ini kita banyak yang mengecam israel dan melampiaskannya / memposting sesuatu tentang israel ke wall kita atau ke wall sesuatu group.
HARAP diperhatikan.Semua yang menghantar perkataan yang  ada perkataan “Israel” dan "yahudi" secara automatik bakal masuk ke-URL- tersebut


Waspadalah, kita sedang diawasi. Mereka sedang memerhatikan aktiviti kita di Facebook dan mungkin mereka ingin mendapat dukungan dan kekuatan disini :




http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts
(Untuk Perkataan Israel)


http://www.facebook.com/pages/israhell/134234879925488
(Untuk Perkataan Israhell)


Cuba anda masuk ke page yang dikatakan dan lihat...setiap perkataan yang berkaitan laknatulah yang dipostkan oleh teman-teman..Hati-hati jangan sampai account kita diBAN oleh mereka..masih banyak saudara-saudara kita yang perlu tahu tentang hal ini..jadi ayuh sama-sama kita memberitahu mereka tentang maklumat ini..






Bahaya facebook pada umat islam




assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh..

bismillah ir rahman nir rahim..

ana terpanggil untuk menulis artikel berkaitan facebook..kenapa??kerana ana merasakan bahawa facebook adalah projek yang rahsia yang sedang dirancangkan oleh pihak-pihak tertentu..wallahualam..kenapa ana berkata begitu??baiklah ana taipkan ini untuk saudara-saudara ana diluar sana..semoga artikel ini dapat menyedarkan saudara-saudara ana.insya'allah..
baru-baru ini ana berpikir apakah kebaikan facebook kepada umum?dan apakah keburukannya..

ok kerana ana berkerja sebagai pembantu cybercafe jadi ana boleh melihat apa yang customers buat ketika melayari internet,perkara pertama mereka akan buat adalah membuka akaun facebook mereka..tapi apa yang mengejutkan ana bukan golongan dewasa saja yang mempunyai akaun facebook tetapi budak-budak yang masih bersekolah rendah pun sudah mempunyai facebook..di sini ana ceritakan hal kebaikan/keburukan facebook

KEBAIKANYA

  • Facebook diakui berguna untuk menemukan kawan lama yang sudah lama tidak berjumpa.. dan itu diakui oleh para pengguna facebook sendiri..wallahualam bissawab..
  • kalau untuk kegunaaan perniagaan,boleh juga mengiklankan perniagaan anda..
  • cara-cara baru untuk berdakwah,,tapi bagi ana jika berdakwah biar secara berhadapan,senang sikit nak terima apa yang disampaikan..insya'allah..hehe(betulkan ana jika ana silap)
  • boleh juga berkongsi ilmu dengan kawan-kawan yang lain..dan lain-lain lagi yang tidak dapat ana taipkan disini..wallahualam..

KEBURUKANNYA
  • photo yang anda upload,kerana photo anda terdedah pada umum,kerana mereka boleh mengunakan photo-photo anda untuk tujuan lain,seperti mengedit photo anda dengan tujuan menjatuhkan maruah anda,mengunakan photo anda dengan tujuan mengenakan anda..dll..
  • Terbuangnya waktu. Pengguna Facebook kebanyakannya tidak mahu lepas dari komputer, laptop, handphone, dan gadget yang mampu mengakses Facebook. Banyak waktu terbuang di depan komputer..jadi rancang waktu anda dengan pekara-pekara yang bermanfaat..
  •  info yang anda letakkan seperti alamat rumah,no phone,tempat kerja..dll,kerana dengan info-info yang anda berikan mengundang orang untuk berniat buruk.
  •  Diganggu orang tak dikenal. Banyak orang yang tidak berpikir panjang ketika menerima ajakan berteman dalam dunia jejaring sosial.kerana itu berhati-hati dalam berkawan itu..

"sebenarnya banyak boleh ditaip lagi didalam ruangan note(facebook) ini,tapi demi menjimatkan masa ana ringkaskan sahaja..dan anda boleh memikirkan sendiri hal-hal yang lebih lanjut mengenai facebook.(kalau ana taip panjang-panjang jenuh lak anda nak membaca nya..hehe)
apa yang ana harap bijaksanalah dalam mengunakan facebook".


"Diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya: "Pasti kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang biawak nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka.Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Adakah yahudi dan nasrani?Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa lagi kalau bukan mereka." (H.R Muslim)"

'Kamu' yang dimaksud Rasulullah s.a.w bukanlah merujuk para Sahabat, namun ianya merujuk kepada ummat selepas mereka iaitu kita semua. Rasulullah s.a.w telah memberikan isyarat bahawa apa sahaja yang dilakukan oleh kaum yahudi dan nasrani akan diikuti oleh kita. Bahkan maksud 'lubang biawak' di sini bermaksud, andai kaum yahudi dan nasrani melakukan satu berbuatan yang paling hina (kerana ludang biawak biasanya dikaitkan dengan kehinaan) kita juga akan turut mengikuti jejak langkah mereka.

wallahualam bissawab..(perbetulkan ana jika ana salah) ingatlah mereka-mereka itu takkan senang sehingga kita mengikuti cara mereka..

sekian..share pada saudara-saudara kita diluar sana..

assalamualaikum...

"Artikel ini ana copy dari ruangan note(facebook) ana dan paste ke Blog,kerana ana rasa hal ini patut diketahui umum"..