Thursday, December 30, 2010

Peminta sedekah..bantulah dengan sikap husnuzon(sangka baik)

Assalamualaikum...


Bismiilah hir rahman nir rahim..


Pada post kali ini saya hendak menceritakan tentang peminta sedekah dan penunjuk arahnya..Pernah tak jumpa dengan mereka-mereka ini dikedai-kedai makan atau dimana-mana sahaja??pastinya pernah berjumpa kan..Adakalanya mereka meminta sedekah dan sebagai balasan diberikan tisu atau apa saja sebagai membalas.tapi adakah kita melayan mereka dengan baik??tapi saya percaya pasti kebanyakan dari kita melakukannya dengan ikhlas..dan bagi mereka yang berprasangka pada mereka dengan prasangka yang tidak elok,mari kita sama berkongsi ilmu..Insya'Allah mungkin sedikit sebanyak boleh membantu..


Mereka sihat tubuh badan mereka,mereka boleh mencari rezeki sendiri,mengapa perlu meminta sedekah??Dan mereka ini dari sindiket-sindiket yang mengaut keuntungan dari orang-orang kurang upaya,dan lain-lain.Macam-macam persoalan yang timbul tanda rasa ketidakpuasan hati kepada mereka peminta sedekah ini,Ada sesetengah dari mereka beranggapan peminta sedekah ini hidup hendak senang tanpa mahu berusaha..Nauzubillah min zalik..Saya jawab persoalan ini bagi pihak mereka (peminta sedekah) walaupun saya kurang ilmunya tapi sedikit sebanyak Insya'Allah membantu..


Ya,mereka memang sihat tubuh badan mereka,tapi sejauh mana mereka mampu berusaha,pergerakan mereka terbatas,tidak sama seperti manusia yang normal..kita yang normal ini pun adakalanya malas untuk berkerja..dan Kebanyakkan dari peminta sedekah itu akan membawa tisu atau barangan-barangan kecil untuk diberi sebagai tanda terima kasih kepada penderma,Jadi adakah mereka itu tidak berusaha??cuma harga sesuatu barang mereka dinilai oleh kita sendiri..Patutkah mengata mereka itu tidak berusaha??

Dan jika mereka ini dari sindiket Penipuan atau sebagainya bagaimana??
Cuba tanya soalan itu balik pada diri kita balik.Bagaimana mungkin kita boleh tahu mereka itu menipu??sudah ada bukti??jika tiada bukti kita bersangka baiklah pada mereka..lagipun itu benda ghaib yang melibatkan hati,kita tidak tahu apa yang ada didalam hati mereka..jadi kepada sesiapa yang kata mereka itu sindiket ke ape ke, fikir balik...kalau mereka bukan dari sindiket, dapatlah u all hadiah dosa iaitu kerana memfitnah.. 
Lagipun tak rugi seringgit atau dua ringgit tu..Kalau tak nak sedekah pun tidak perlu berkata perkara yang buruk tentang mereka..kesian pada mereka..Mereka kekurang fizikal pun bukannya mereka minta..jadi kita yang normal itu pasti boleh fikir yang sebaiknya..Walaupun sebesar zarah pun amal kita,pasti ianya akan dikira,,so takkan nak lepas peluang buat pahala ni..PENTING IKHLAS..(◠‿◠)selamat beramal.





Bersangka baik,..kita lihat seorang budak memberi sedekah kepada si peminta sedekah dan kita lihat tangan si peminta sedekah menadah keatas langit...Dapatkah kita tahu bahawa peminta sedekah itu mendoakan kita kebaikan di-dunia dan akhirat..jadi dengan itu bersangka baiklah...wallahualam bissawab..setiap kejadian yang berlaku disekeliling kita ada tanda-tanda KEBESARAN-NYA


3 comments:

Lyn Sery said...

entri ni best.
rasa mmg dah menjawab bagi pihak diorang :)

alang said...

Salam Perkenalan. Saya setuju dengan anda.

SKy oF Love said...

Walaikumusalam..Insya'Allah dengan ada nya artikel ini memberi kesedaran pada mereka..