assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh..
bismillah ir rahman nir rahim..
ana terpanggil untuk menulis artikel berkaitan facebook..kenapa??kerana ana merasakan bahawa facebook adalah projek yang rahsia yang sedang dirancangkan oleh pihak-pihak tertentu..wallahualam..kenapa ana berkata begitu??baiklah ana taipkan ini untuk saudara-saudara ana diluar sana..semoga artikel ini dapat menyedarkan saudara-saudara ana.insya'allah..
baru-baru ini ana berpikir apakah kebaikan facebook kepada umum?dan apakah keburukannya..
ok kerana ana berkerja sebagai pembantu cybercafe jadi ana boleh melihat apa yang customers buat ketika melayari internet,perkara pertama mereka akan buat adalah membuka akaun facebook mereka..tapi apa yang mengejutkan ana bukan golongan dewasa saja yang mempunyai akaun facebook tetapi budak-budak yang masih bersekolah rendah pun sudah mempunyai facebook..di sini ana ceritakan hal kebaikan/keburukan facebook
KEBAIKANYA
- Facebook diakui berguna untuk menemukan kawan lama yang sudah lama tidak berjumpa.. dan itu diakui oleh para pengguna facebook sendiri..wallahualam bissawab..
- kalau untuk kegunaaan perniagaan,boleh juga mengiklankan perniagaan anda..
- cara-cara baru untuk berdakwah,,tapi bagi ana jika berdakwah biar secara berhadapan,senang sikit nak terima apa yang disampaikan..insya'allah..hehe(betulkan ana jika ana silap)
- boleh juga berkongsi ilmu dengan kawan-kawan yang lain..dan lain-lain lagi yang tidak dapat ana taipkan disini..wallahualam..
KEBURUKANNYA
- photo yang anda upload,kerana photo anda terdedah pada umum,kerana mereka boleh mengunakan photo-photo anda untuk tujuan lain,seperti mengedit photo anda dengan tujuan menjatuhkan maruah anda,mengunakan photo anda dengan tujuan mengenakan anda..dll..
- Terbuangnya waktu. Pengguna Facebook kebanyakannya tidak mahu lepas dari komputer, laptop, handphone, dan gadget yang mampu mengakses Facebook. Banyak waktu terbuang di depan komputer..jadi rancang waktu anda dengan pekara-pekara yang bermanfaat..
- info yang anda letakkan seperti alamat rumah,no phone,tempat kerja..dll,kerana dengan info-info yang anda berikan mengundang orang untuk berniat buruk.
- Diganggu orang tak dikenal. Banyak orang yang tidak berpikir panjang ketika menerima ajakan berteman dalam dunia jejaring sosial.kerana itu berhati-hati dalam berkawan itu..
"sebenarnya banyak boleh ditaip lagi didalam ruangan note(facebook) ini,tapi demi menjimatkan masa ana ringkaskan sahaja..dan anda boleh memikirkan sendiri hal-hal yang lebih lanjut mengenai facebook.(kalau ana taip panjang-panjang jenuh lak anda nak membaca nya..hehe)
apa yang ana harap bijaksanalah dalam mengunakan facebook".
"Diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya: "Pasti kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang biawak nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka." Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Adakah yahudi dan nasrani?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa lagi kalau bukan mereka." (H.R Muslim)"
'Kamu' yang dimaksud Rasulullah s.a.w bukanlah merujuk para Sahabat, namun ianya merujuk kepada ummat selepas mereka iaitu kita semua. Rasulullah s.a.w telah memberikan isyarat bahawa apa sahaja yang dilakukan oleh kaum yahudi dan nasrani akan diikuti oleh kita. Bahkan maksud 'lubang biawak' di sini bermaksud, andai kaum yahudi dan nasrani melakukan satu berbuatan yang paling hina (kerana ludang biawak biasanya dikaitkan dengan kehinaan) kita juga akan turut mengikuti jejak langkah mereka.
wallahualam bissawab..(perbetulkan ana jika ana salah) ingatlah mereka-mereka itu takkan senang sehingga kita mengikuti cara mereka..
sekian..share pada saudara-saudara kita diluar sana..
assalamualaikum...
"Artikel ini ana copy dari ruangan note(facebook) ana dan paste ke Blog,kerana ana rasa hal ini patut diketahui umum"..
No comments:
Post a Comment