Sunday, July 25, 2010

bang dah makan, tak nak beli kuih saya?






Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama 
yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan 
itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih 
kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abang nak beli kuih ?' Katanya sambil tersenyum. 

Tangannya segera menyelak 
daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. 

"Tak apalah dik abg 
dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20
minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain,
sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu 
saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya. 

"Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni,"
kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai disitu, di meletakkan 
bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya...



"Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya !


Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati 
saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang 
yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan 
minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada 
agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk 
dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi 
berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 
12 tahun. 



"Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk
adik-adik abang, ibu atau ayah abang


katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.


Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10...Saya hulurkan padanya.



" Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu"



saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih 
terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat 
membantunya..

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya 
saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu 
kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak 
itu. 


"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. 

"Kenapa adik berikan duit 
abg tadi pada pengemis tu ? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa
menjawap pertanyaannya...


"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya 
mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan 
tulang empat kerat pada saya. 
"Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu 
pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis
kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu 
lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa 
banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. 

Lidah saya 
kelu nak berkata. 

"RM25 saja bang.....! 

Selepas dia memasukkan satu 
persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima
kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke 
K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah ??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya ?? Terus terang saya 
katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa 
kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya,

siapa kita sebenarnya !!!




2 comments:

Werdah said...

Salam.

Syahdu dan sayu jika bertemu anak-anak seperti ini.

SKy oF Love said...

salam..

sudah tentu...

setiap ibubapa pasti mahu anak yang soleh.