Thursday, July 8, 2010
Kaum hawa
"Hawa...Tahukah kau, bahawa dahulu kala,
hidupmu ibarat 'anjing peliharaan' orang-orang zalim,
dirimu dihina, disakiti, dan dinodai. Tetapi,
tatkala lahirnya seorang insan, yang bernama...
Muhammad bin Abdullah.
Hidupmu segala-galanya berubah,
dari dihina, kau dimuliakan,
dari disakiti, kau dilindungi,
dari dinodai, kau dipelihara.
Tahukah kau, betapa sakit dan pedihnya perjuangan...
insan ini untuk memuliakanmu?. Sehinggakan,
jika kau mengumpulkan seluruh alam semesta ini,
untuk membayar pengorbanan insan ini, ianya sama sekali tidak mencukupi.
Bahkan, bukanlah bayaran yang dituntut insan ini,
Cuma, satu sahaja tuntutannya. Apakah tuntutan itu?.
ialah, dengan kau melaksanakan semua perintahNya tanpa alasan sedikitpun,
jika dia menyuruhmu menutup aurat, maka tutuplah,
jika dia menyuruhmu peliharalah kemaluan, maka peliharalah.
Jika, kesemua ini kau tidak mampu dan enggan melaksanakan,
sesungguhnya kau telah menzalimi insan yang bernama Muhammad bin Abdullah!."
p/s::Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment