Monday, November 22, 2010
kisah seorang NELAYAN
Suatu hari, seorang usahawan sedang berkelah bersama keluarganya di sebuah kampung nelayan. Dia merasa terganggu apabila melihat seorang nelayan sedang berehat-rehat di bawah pohon kelapa.
“Pakcik, kenapa pakcik tidak turun ke
laut?”
“Pakcik sudah turun ke laut semalam
dan pakcik perlu beristirehat.”
“Kalau pakcik turun ke laut lagi,
pakcik akan dapat menangkap banyak
ikan.”
“Lalu … ?”
“Pakcik boleh mengumpulkan wang untuk
membeli sebuah perahu.”
“Lalu … ?”
“Dengan perahu itu, pakcik tak perlu
lagi menyerahkan sebahagian pendapatan
pakcik kepada tuan punya perahu.”
“Lalu … ?”
“Pakcik boleh mengumpulkan banyak wang
untuk membeli perahu kedua …”
“Lalu … ?”
“Dengan dua perahu, pakcik boleh
mengumpulkan banyak wang dan
seterusnya pakcik boleh membeli perahu
ketiga, keempat dan seterusnya …”
“Lalu … ?”
“Jika perahu pakcik sudah banyak,
pakcik boleh menyewakan perahu pakcik
kepada nelayan-nelayan lain sehingga
pakcik tidak perlu lagi turun ke laut
…”
“Lalu … ?”
“Pakcik boleh hidup tenang dan
bersantai sepanjang masa …”
Nelayan itu tersenyum lalu
berkata, “Menurut Encik, apa yang
Pakcik tengah buat sekarang?”
PENGAJARAN:
Nasihat usahawan itu baik tetapi apa
yang dilakukan oleh nelayan tersebut
juga mengajar kita satu hal iaitu
HIDUP PERLU SEIMBANG.
Pepatah Inggeris
ada mengatakan:
“Berkerja terus menerus tanpa
istirehat akan menghasilkan orang
seperti Jack yang mati dengan cepat
dan Jean seorang janda yang kaya.”
Kita perlu secara sengaja berhenti sejenak dari kerja keras dan rutin seharian kita untuk menikmati segarnya
rumput-rumput yang hijau, kicauan burung di udara dan harumnya mawar yang sedang mekar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
best.
pengajaran yg baik.
yelah.. kerja teruk2 org lain yg nikmati hasilnya bt apa.
kerja perlu seimbang..betul tu.
Post a Comment