Pada masa kini secara  umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan  kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi.  Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung  jari anda.
Terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet ini :
Pertama :  Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan,  berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan  kewangan, merapatkan ukhuwwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu  boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat  ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.
Kedua :  Golongan yang menghabiskan masa berada depan computer dengan bermain  game, mendengar lagu, berborak kosong( chatting) dengan sesiapa sahaja,  ‘merayau-rayau’ tanpa tujuan dan yang sewaktu dengannya. Waktunya  dihabiskan berjam-jam tanpa sebarang faedah untuknya.
Ketiga :  Golongan yang menggunakan internet untuk memuat naik dan memuat turun  gambar-gambar tidak senonoh,melawati laman-laman porno, mengumpat,  menyebarkan fitnah, melaga-lagakan manusia, menghasut sehingga  memutuskan hubungan silaturahim dan  memusnahkan  rumahtangga, berborak menggunakan bahasa kesat dan kasar, memuat naik  gambar-gambar peribadi yang mendedahkan aurat dan banyak lagi  aktiviti-aktiviti di internet yang mengundang laknat dan murka Allah  SWT.
Bersama-sama  kita bermuhasabah. Saya dan anda golongan yang mana?. Sekiranya anda  golongan yang pertama, anda hebat!. Anda beruntung dan berbaloi walaupun  dua atau tiga jam mengadap computer. 
Sekiranya anda  golongan yang kedua, anda golongan yang rugi kerana masa anda  dipersia-siakan tanpa sebarang faedah. Anda akan menyesal di akhirat  nanti ketika berdepan dengan hisab amalan satu persatu termasuk masa  yang kita habiskan.
Atau anda  golongan yang ketiga? Awas!!! Dan hentikan tabiat buruk itu. Anda sedar  atau tidak anda sebenarnya membuat koleksi dosa-dosa sama ada dosa besar  atau dosa kecil. Dosa mengumpat dan memfitnah zaman moden ini amat  mudah dilakukan. Tidak perlu bersuara atau berkumpul ramai-ramai. Hanya  dengan sekali klik dosa mencurah-curah menjadi milik anda.
Mudarat internet amat besar. Kerana internet  boleh menghilangkan  maruah  diri seseorang, boleh meruntuhkan rumahtangga, boleh memutuskan  hubungan dua sahabat dan boleh meruntuhkan sebuah kerajaan.
sumber-http://www.blogtopsites.com

No comments:
Post a Comment