Showing posts with label kata-kata islam. Show all posts
Showing posts with label kata-kata islam. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Andai Engkau Jodohku

Picture From Google

"Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak."

Saturday, July 16, 2011

husnudzon kepada Allah







"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka ALLAH meneguhkan kepercayaan mu kepadaNYA"
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu"
"Jika ALLAH SWT tidak memakbulkan doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu"

Friday, October 8, 2010

Bunga Mawar

Jadilah Bunga Mawar yang indah berpagarkan duri , Jangan biarkan dirimu menjadi sebarang bunga yang tetap juga indah tetapi ,sayang tidak berduri , Apabila tiada duri , tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenang didekati sang kumbang . Lantas , tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya . Duri Mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat , akhlak dan al-haya’ . Dengan pagaran duri itu  ,  kilauan warna semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengandungi kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berpikir beberapa kali untuk mendekatinya 

Monday, September 27, 2010

koleksi mutiara kata





"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"


"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"


"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"



"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"


"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"


"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"



"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"


"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"


"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"



"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"


"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"



"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"


"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"


"Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat"



"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"


"Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan"


"Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia"



"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"


"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"



"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"

"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"

"Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi"


"Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina"




"Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"


"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"


"Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"



"Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang"


"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"


"Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu"



"Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan"


"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"





"Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"


"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"


"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"



"Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"


"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur"


"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"



"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat"


"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"




"Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan"







sumber-koleksi mutiara kata-  familiazam.com



Sebelum itu,Fikirkan dahulu

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !




Monday, September 20, 2010

Islamic Quotes and Sayings (5)



Read the Qur’aan, for it will come and intercede for its readers on the Day of Resurrection.


 

Islamic Quotes and Sayings (4)



When any one of you meets his brother, let him greet him with salaam.” 


Islamic Quotes and Sayings (3)



Show mercy towards those who are on earth so that the angels who are in heaven will bring mercy on you by the order of Allah.” 



Islamic Quotes and Sayings (2)

The good jihad is the jihad of the one who strives against his own self (jihad al-nafs) for the sake of Allah.” 

 

 

Islamic Quotes and Sayings (1)


Always remember the destroyer of joy (physical pleasure): death.

Sunday, August 15, 2010

mutiara 5



"Kamu tidak dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda, oleh itu gembirakanlah mereka dengan senyuman berseri dan ikhlas luhur."

Wednesday, August 4, 2010

mutiara kata 4




Tapak kaki kita kalau dah keras, pijak paku dan duri pun tidak terasa
apa,sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut,
terpijak duri sikit saja terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati,
kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu,
jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat
maksiat

mutiara kata 3


Rebutlah peluang 5 sebelum 5,

masa muda sebelum tiba masa tua,

masa sihat sebelum tiba masa sakit,

masa lapang sebelum tiba masa sempit,

masa kaya sebelum tiba masa miskin ,

masa hidup sebelum tiba masa mati!!

mutiara kata 2


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Friday, July 9, 2010

mutiara 1



Aku meminta kepada Allah setangkai bunga yang segar,tapi Allah memberiku kaktus berduri. Aku meminta kepada Allah haiwan kecil nan cantik, tapi Allah memberiku ulat berbulu..Aku sedih, kecewa dan bertanya tanya..Betapa tidak adilnya Allah kepada diriku. Namun seiring dengan berjalannya waktu..Kaktus itu berbunga indah..bahkan sangat indah.dan ulat berbulu itu tumbuh dan berubah,menjadi kupu kupu yang amat cantik.. Semua indah pada waktunya .. dan baru aku sedar..Allah tidak memberi apa yang aku inginkan,Tapi Allah memberi apa yang aku perlukan...