Monday, June 27, 2011

husnuzon



Cara Bersangka Baik


Oleh : Syeikh Abdulkadir Al Jailani


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :


  • "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :


  • "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):


  • "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):


  • "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :


  • "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :


  • "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Dan banyak lagi cara kita boleh bersangka baik,..yang penting didalam fikiran kita harus sentiasa ada fikiran yang positif..Insya'Allah


sumber:cintailahi39.blogspot.com

Friday, June 24, 2011

Jawapan kepada sebuah penampar



Ada seorang pemuda yang telah lama bermastautin di luar negara telah kembali ke tanah air. Sesampai sahaja dirumah ia telah meminta kedua orang tuanya untuk mencarikan seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja para alim ulama bagi menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya kedua ibubapa pemuda tersebut telah menemui seorang kiyai yang sangat alim lagi waraq orangnya.

Pemuda: Anda siapa..? Dan dapatkah anda menjawab segala pertanyaan dari saya..?

Tuan Kiyai: Saya adalah hamba ALLAH., dan dengan Izin dariNYA saya akan menjawab segala pertanyaan dari anda.

Pemuda: Anda yakin..? Sedang ramai profesor dan orang-orang yang pintar tidak dapat menjawab pertanyaan saya ini..?

Tuan Kiyai: InsyaALLAH... Saya akan mencuba dengan segala kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan iaitu..
1. Apakah TUHAN itu ada..? Kalau memang TUHAN itu ada.., tunjukkan kewujuddan TUHAN itu kepada saya.

2. Apakah yang dinamakan TAKDIR..?
3. Kalau SYAITAN itu diciptakan daripada api., kenapa harus dimasukkan kedalam neraka yang diperbuat daripada api juga.. Sudah tentu tidak menyakitkan bagi syaitan itu sebab kedua-duanya memiliki unsur-unsur yang sama.. Apakah TUHAN tidak pernah berfikir sejauh itu..?

Pemuda itu menatap wajah kiyai yang memandang kearahnya itu dengan pandangan sinis. Dengan tiba-tiba kiyai tersebut telah menampar pipi pemuda tadi dengan tamparan yang kuat dan deras.

Pemuda: (sambil tangan memegang pipinya menahan sakit..!!) Kenapa..?? Anda marah kepada pertanyaan saya..??

Tuan Kiyai: Tidak.. Saya tidak marah.. tetapi TAMPARAN saya itu adalah JAWAPAN kepada setiap persoalan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda:saya sungguh-sungguh tak mengerti..??

Tuan Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya tadi..?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit..!!

Tuan Kiyai: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada..?

Pemuda: Ya..!!

Tuan Kiyai: Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu..!!! Itulah jawapan bagi pertanyaan pertama.. Kita semua merasakan akan kewujudan TUHAN tanpa mampu melihat...Dan apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya..?

Pemuda: Tidak..!!

Tuan Kiyai: Adakah pernah anda terfikir yang anda akan menerima sebuah tamparan dari saya pada hari ini..?

Pemuda: Tidak..!!

Tuan Kiyai: Itulah yang dinamakan takdir..!! Terbuat daripada apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda..?

Pemuda: Kulit..

Tuan Kiyai: Dan terbuat daripada apa pula pipi anda..?

Pemuda: Kulit.

Tuan Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit..!!

Tuan Kiyai: Sunguhpun SYAITAN Latnatullah itu dijadikan daripada api., dan neraka itu juga terbina daripada api., jika TUHAN mengkehendakinya maka neraka akan menjadi tempat yang paling menyeksakan dan menyakitkan untuknya (yakni Syaitan itu)..


copy and paste dari :: hakaluka.blogspot.com

Begitulah jangan lah kita jadikan diri kita seperti cekodok..dilenyek/diuli kemudian dimasukkan didalam minyak panas untuk digoreng dan baru boleh dimakan..sama maksudnya di"SANA"..disiksa didalam kubur dimasukkan didalam neraka sudah tamat tempoh siksaan baru boleh masuk ke syurga..