Friday, January 14, 2011
kisah sufi dan Si pemukul kucing
Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yang lemah ini??"
Jawab lelaki tersebut "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yang tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"
Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dgn Allah. DIA telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan , pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yg kita kecapi, kita derhaka kepada-NYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepada-NYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azab-NYA."
Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya.
renunglah diri kita.. berapa banyak kah kita sudah membuang "najis" di bumiNya ?..
mari lah kita sama-sama bermuhasabah dan menginsafi diri kita serta mensyukuri segala nikmat pemberian-NYA..Nauzubillah min zalik
Thursday, January 6, 2011
Internet : Antara Tiga Golongan, Anda Yang Mana Satu?
Pada masa kini secara umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung jari anda.
Terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet ini :
Pertama : Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.
Kedua : Golongan yang menghabiskan masa berada depan computer dengan bermain game, mendengar lagu, berborak kosong( chatting) dengan sesiapa sahaja, ‘merayau-rayau’ tanpa tujuan dan yang sewaktu dengannya. Waktunya dihabiskan berjam-jam tanpa sebarang faedah untuknya.
Ketiga : Golongan yang menggunakan internet untuk memuat naik dan memuat turun gambar-gambar tidak senonoh,melawati laman-laman porno, mengumpat, menyebarkan fitnah, melaga-lagakan manusia, menghasut sehingga memutuskan hubungan silaturahim dan memusnahkan rumahtangga, berborak menggunakan bahasa kesat dan kasar, memuat naik gambar-gambar peribadi yang mendedahkan aurat dan banyak lagi aktiviti-aktiviti di internet yang mengundang laknat dan murka Allah SWT.
Bersama-sama kita bermuhasabah. Saya dan anda golongan yang mana?. Sekiranya anda golongan yang pertama, anda hebat!. Anda beruntung dan berbaloi walaupun dua atau tiga jam mengadap computer.
Sekiranya anda golongan yang kedua, anda golongan yang rugi kerana masa anda dipersia-siakan tanpa sebarang faedah. Anda akan menyesal di akhirat nanti ketika berdepan dengan hisab amalan satu persatu termasuk masa yang kita habiskan.
Atau anda golongan yang ketiga? Awas!!! Dan hentikan tabiat buruk itu. Anda sedar atau tidak anda sebenarnya membuat koleksi dosa-dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil. Dosa mengumpat dan memfitnah zaman moden ini amat mudah dilakukan. Tidak perlu bersuara atau berkumpul ramai-ramai. Hanya dengan sekali klik dosa mencurah-curah menjadi milik anda.
Mudarat internet amat besar. Kerana internet boleh menghilangkan maruah diri seseorang, boleh meruntuhkan rumahtangga, boleh memutuskan hubungan dua sahabat dan boleh meruntuhkan sebuah kerajaan.
sumber-http://www.blogtopsites.com
Subscribe to:
Posts (Atom)

