Keputusan: 
  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama  Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah  membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day.  Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih  sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan  Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan  tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur  dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.Keputusan (English): 
  The Ruling on Muslims Celebrating Valentine’s Day
  Decision:
The 71st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has discussed the ruling on Muslims celebrating Valentine’s Day. The Conference decided that the teachings of Islam stress on love and there is no specific day in Islam to celebrate it.
  Therefore, The Conference decided that the practice of celebrating  Valentine’s Day is not part of Islam. The spirit of the celebration  contains elements of Christianity and its practice that is mixed with  sinful acts is prohibited and contradicts with Islam.
 
Keterangan/Hujah: 
  Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan  hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah  dengan Islam.
  Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih  sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari  di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
  Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai  budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith  Rasulullah s.a.w.:
  
من تشبه بقوم فهو منهم     
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”( Riwayat Abu Daud)
  Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
  
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
  “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan  perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini  sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan  datang.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
sumber::http://www.e-fatwa.gov.my

No comments:
Post a Comment