Thursday, September 30, 2010

Rupa paras,pangkat dan harta bukan ukuran bagi kebahagian



Seorang gadis yang lahir dari golongan yang agak berada, taraf pendidikan yang tinggi, jawatan yang disandang juga sudah tentu tinggi.. Orangnya cantik, jelita, pintar. Pendek kata serba serbi lengkap tentang gadis ini. Suatu hari, si gadis melahirkan hasrat hati untuk mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hatinya. Jejaka pilihannya adalah seorang yg terlalu sederhana. Lahir dlm keluarga sederhana, taraf pendidikan yg tidak setinggi mana, kerja juga begitu. Dari segi paras rupa juga adalah kurang. Jika dibandingkan si gadis dan si jejaka ni, ibarat 'beauty and the beast'...

Keluarga si gadis menentang perhubungan si gadis dan jejaka ini. Bagi mereka, anak gadisnya lebih layak utk lelaki yang setaraf dengan si gadis. Namun si gadis tetap berdegil utk memilih jejaka tadi sebagai suaminya. Bila ditanya mengapa si gadis memilih jejaka itu, jawapannya " saya rasa selamat bersamanya ".

Akhirnya si gadis tetap berkahwin dgn jejaka tersebut walaupun keluarga si gadis seperti tidak merestui hubungan mereka. Selama 15 tahun mereka hidup sebagai suami isteri, di kurnia 3 orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama. Namun selama 15 tahun itu jugalah keluarga si gadis masih kurang mnyakini pilihan anak perempuan mereka itu. Walaubagaimana sekalipun usaha jejaka untuk memikat, mngambil hati keluarga mentuanya, tetap sia-sia. Bagi mertuanya, segala apa yang jejaka tadi usahakan semuanya adalah dari anak perempuan mereka sendiri. 

Di takdirkan selepas 15 tahun bersama, anak perempuan mereka sekali lagi disahkan mengandung. Namun ketika dalam tempoh mengandung, dia mengalami tumpah darah serta koma selama 3 bulan. Doktor yang merawatnya telah mngesahkan bahawa anak perempuan mereka koma. Pelbagai usaha dilakukan supaya si gadis kembali normal spt biasa, namun hasilnya tetap negatif. Akhirnya doktor memutuskan kepada keluarga si gadis agar mengambil keputusan utk 'menamatkan' sahaja nyawa si gadis agar tidak lagi menangung derita sepanjang dalam keadaan koma. Namun suami si gadis tetap berdegil..Dia tetap usaha. Tetap menjaga isterinya siang dan malam tanpa mengenal penat dan letih... 

Namun begitu, si gadis masih dalam keadaan koma. Doktor akhirnya menetapkan tarikh dan tempoh tertentu. Sekiranya tidak ada tindak balas positif dr si gadis, segala bantuan pernafasan, bantuan riwayatnya selama ni akan diberhentikan. Tandanya si gadis ' di matikan '. Suaminya berdoa semoga Allah panjangkan usianya. Dan pada petang itu, di mana tempoh yg diberikan dktor kepada si gadis utk hidup lebih lama dgn bantuan rawatan itu, si gadis mula bertindak balas dgn mngerakkan hujung jarinya. Seisi keluarga merasa gembira dgn tindakan positif si gadis. Beberapa hari selepas itu, akhirnya si gadis sedar dari komanya. Namun, sekali lagi dugaan mendatang. Doktor mengesahkan si gadis lumpuh seumur hidup.

Walaupun si gadis lumpuh, cacat, dan tak berupaya, si suami tetap setia menjaga dan menemaninya sehinggala kini. Usia sudah mnjangkau 'senja', namun kasih si suami masih segar seperti dulu. Kini barulah keluarga si gadis mengetahui jawapan sebenarnya mengapa si gadis memilih jejaka tadi sebagai suaminya. Dan si gadis juga telah yakin dan pasti ini la jawapan bagi pertanyaan2 kluarganya satu masa dahulu tentang pilihannya dulu... Jejaka itu, yg kini adalah suaminya, walaupun orangnya serba serbi sederhana, namun kasih syg, perhatian yang diberikan membuatkan si gadis rasa selamat dan bahagia bersamanya..semoga kasih mereka kekal bersama hingga ke hujung nyawa.





Tuesday, September 28, 2010

Doktor dan Peguam


Dalam satu perbicaraan kes bunuh,seorang doktor mengesahkan kematian mangsa dipanggil sebagai saksi.

Peguam: "Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak memeriksa denyutan nadi mangsa?"

Saksi(Doktor): "Tidak."

Peguam: "Denyutan jantungnya, awak periksa?"

Saksi(Doktor): "Tidak."

Peguam: "Pernafasannya?"

Saksi(Doktor): "Tidak." 

Peguam: "Jadi, ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagi lelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?"

Saksi(Doktor): "Saya tandatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas meja lain di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati!" 


Cagar Rolls Royce




Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15.000

Eksekutif Bank -"Encik....pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? 
tanya eksekutif pinjaman bank itu.

Zul -"Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya," 
Kata Zul

Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.
Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.

Eksekutif Bank -"Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50"

Kata eksekutif itu...
Dan Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya.

Eksekutif Bank -"Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?"

kata eksekutif itu...Zul berpaling dan tersenyum.

Zul -"Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu." jawabnya.

Monday, September 27, 2010

koleksi mutiara kata





"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"


"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"


"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"



"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"


"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"


"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"



"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"


"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"


"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"



"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"


"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"



"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"


"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"


"Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat"



"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"


"Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan"


"Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia"



"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"


"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"



"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"

"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"

"Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi"


"Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina"




"Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"


"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"


"Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"



"Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang"


"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"


"Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu"



"Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan"


"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"





"Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"


"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"


"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"



"Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"


"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur"


"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"



"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat"


"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"




"Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan"







sumber-koleksi mutiara kata-  familiazam.com



Sebelum itu,Fikirkan dahulu

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !




Nasihat Agama – Dalam Perihal Sedekah



assalamualaikum


bismillah ir rahman nir rahim


saya dahulukan dengan permohonan maaf jika artikel ini kurang lengkap atau ada kesalahan didalamnya,justeru itu minta tunjuk ajar dari semua saudara-saudara semua..insya'Allah



  • Jadikanlah diri anda seorang yang pemurah serta elakkan sifat kedekut, ini adalah kerana Allah SWT Maha Pemurah dan suka kepada mereka yang bermurah hati.
  • Tunaikan zakat fardhu dan janganlah kedekut terutamanya terhadap orang yang berhak menerimanya
  • Jika anda menghadapi kesulitan (kewangan), minta dan mohonlah kepada Allah dengan tidak mengharapkan manusia yang serba kekurangan bagi menyelesaikannya.
  • Biasakan diri dengan bersedekah dan janganlah mengelakkan diri daripadanya
  • Bersedekahlah daripada bahan yang kamu suka, kerana sesungguhnya Allah SWT ada berfirman menerusi ayat 92 surah Ali ‘Imran yang bermaksud: Kamu tidak akan mencapai kebaikan melainkan kamu bersedekah sesuatu itu daripada apa yang kamu suka.
  • Bersedekahlah dengan cara tersembunyi dan membayar zakat dengan cara terang agar dapat dicontohi oleh orang lain
  • Berilah sedekah kamu itu terlebih dahulu kepada kerabat anda dan mereka yang memerlukannya
  • Berilah pinjaman wang anda kepada mereka yang memerlukannya
  • Pantaulah orang yang kedekut untuk membantu orang lain dengan kelebihan hartanya serta berilah sesuatu nasihat berguna daripada ajaran agama mengenainya
  • Belanjakanlah harta anda pada perkara-perkara yang baik seperti mana membina masjid, menyebar ilmu agama, kerana dengan tindakan itu termasuk daripada konsep sedekah jariah
  • Benarkan isteri anda bersedekah daripada sebahagian wang anda.
  • Jamulah orang ramai dengan makanan dan minuman anda, dan jangan sekali-kali mengungkit tentang apa yang telah anda berikan..
  • Bersyukurlah anda pada perkara-perkara maa’ruf dan berdoalah selalu terhadap orang yang melakukan kebaikan
  • Janganlah anda bertindak sesuatu yang boleh melukakan hati si pemberi/peminta sedekah
  • jikalau tidak mampu bersedekah dengan harta sedekah lah melalui senyuman/tenaga/ilmu dll
wallahu'alam bissawab..

Rahsia & Hikmah 5jari


Bermacam tafsiran dan hikmah yang saudara-saudara dapat perhatikan melalui 5 jari yang Allah subhanallah talla ciptakan kepada kita..cuba kita perhatikan perlahan-lahan cari kita..dan cuba renggangkan jari-jari saudara semua.dan renung dalam-dalam...didalam nya ada 5 perkara dalam islam yang kita lakukan iaitu RUKUN ISLAM..kewajipan solat lima waktu itu jangan sekali-sekala saudara abaikan..


kemudian perhatikan  jari saudara yang kecil dan pendek sekali,,terletak nya dihujung dan dipanggil jari tersebut "JARI KELINKING",sama seperti manusia yang bermula dari kecil sehingga besar dan terus membesar,,itu lah fitrah insan,,apa sahaja yang dilakukan mesti bermula dari kecil..Bak kata pepatah "MELUNTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA"..sama lah seperti anak,,jika gagal mendidik mereka dari usia yang kecil ianya akan mempengaruhi diri nya bila sudah besar,dan memberi kesan pada masa hadapannya..


Sesudah itu naikan pula "JARI MANIS" saudara.begitu juga dengan usia muda,, Manisnya seperti jari yang comel ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian..Pada ketika ini, alam remaja menguji diri!! Di usia ini kita akan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa sahajalah yang akan membantu kita menunjukkan jalan kebenaran. Pada usia ini,saudara sudah baligh dan mukalaf..Pastinya saudara sudah dipertanggungjawabkan diatas segala amalan di hadapan Allah subhanallah talla..



Diikuti pula jari ketiga, Jari yang paling tinggi, "JARI HANTU" ... Zaman remaja telah pun meninggalkan kita tanpa dipinta. Namun begitu alam dewasa pula kian menyinggah kehidupan kita. Pada peringkat umur 30-an ini seorang itu telahpun mempunyai status dan identiti dengan ekonomi diri yang bolehlah dikatakan kukuh serta mempunyai sebuah kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini begitu banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda.. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak dalam diri sendiri, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi yang boleh wujud dalam diri anda jika anda gagal mengawal emosi ini dengan baik lantas anda terus masuk ke jerangkap NAFSU dan SYAITAN. Justeru itu amal dan ibadat haruslah dilipatgandakan..



Kita beralih pula pada "JARI TELUNJUK". Jari inilah yang mengungkap SATU dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan membimbing yang kaya dengan idea bernas sambil tampil dengan minda yang hebat.


Akhir sekali, renung "IBU JARI" saudara. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. tugasnya adalah membenarkan sesuatu mentafsir pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya mereka akan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan akan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan saudara..


wallahu'alam bissawab..









Saturday, September 25, 2010

5 syarat berbuat maksiat





"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka kamu boleh melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata:
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA."

Mendengar itu, dia mengerutkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. 
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:
"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab:
"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.
"Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

firman Allah subhanallah talla(Bermaksud):

katakanlah (wahai muhammad):"wahai hamba-hambaKu yang telah
 melampaui batas terhadap diri mereka sendiri 
(dengan 
perbuatan-perbuatan maksiat),
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;
sesungguhnya Dia lah jua Yang maha pengampun ,
lagi maha mengasihani.
Al-zumur 39:53





Kisah si penjual tempe





Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat.


Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.


Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya, tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.


Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib. Bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , 
"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"


Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.


Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. 
"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"


Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.


Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.


Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. 
"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".


Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yang berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.


Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya.


Apa yang terjadi?


Tempenya masih belum menjadi!!


Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.


Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.


Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah. Pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, 
"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."


Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."


Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya

"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".



Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.


Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,
 "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna.
Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.


Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...




moral cerita :-janganlah sesekali berputus asa atas apa yang tidak dapat kita miliki ,,bersangka baiklah pada allah subhanallah taala..kerana Dia lebih mengetahui apa yang hambanya perlukan..Dia pasti mempunyai rancangan yang lebih baik dari kita,,sedangkan kita tidak mengetahuinya..wallahu'alam bissawab...

Hikmah berkata benar



Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani bercerita: "Aku telah diajar dalam semua perkara, di ketika mana sahaja, agar sentiasa bersifat benar." Suatu ketika aku telah keluar dari Kota Mekah menuju ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Ibuku telah membekalkan aku sebanyak empat puluh dinar sebagai keperluan makan dan minumku. Ibuku berpesan supaya aku berakhlak dengan sifat benar.

Bila rombongan khalifahku sampai ke bumi Hamdan, sekumpulan perompak menyerang khalifah kami. Salah seorang perompak itu telah datang kepadaku dan bertanya,?Apa yang ada padamu??

Aku berkata, ?Empat puluh dinar.? Perompak itu menyangka aku memperolok-olokkannya, lantas dia meninggalkan aku.

Bagaimanapun aku telah diperhatikan oleh perompak lain. Dia juga bertanya kepadaku, "Apa yang ada pada kamu?"

Aku pun memberitahu apa yang ada padaku sepertimana tadi. Perompak itu telah membawa aku menemui ketuanya. Ketuanya bertanya kepadaku, dan aku menceritakan hal keadaanku yang sebenar.

Ketua perompak itu bertanya,?Apakah yang menyebabkan kamu berkata benar??

Aku berkata, ?ibuku telah berpesan agar aku berkata benar, sesungguhnya aku amat takut untuk mengkhianati pesannya."


Perompak itu sungguh terkejut dengan jawapan itu. Dia ketakutan lantas berteriak sambil berkata, ?Kamu takut mengkhianati pesan ibumu sedangkan aku tidak takut mengkhianati pesan Allah.?

Ketua perompak itu lantas memerintahkan orang-orangnya mengembalikan barang-barang yang telah dirampas dari khalifah itu sambil dia berkata, ?Aku bertaubat kepada Allah melalui engkau!?

Perompak yang lain pun berkata, ?Engkau ketua kami dalam merompak, kini jugalah ketua dalam bertaubat!?

Perompak-perompak itu bertaubat beramai-ramai dengan berkata sifat benar dan jujur yang ditunjukkan oleh Syeikh Abdul Qadir Al Jalaini itu.
wallahulama bissawab...