Monday, August 23, 2010

memahami intipati hadith


MEMAHAMI INTIPATI HADITH

Dari Abi Nujaih 'Irbadl bin Sariyyah RA, ia berkata : Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam memberi pelajaran kepada kami sehingga hati kami takut kepadanya dan mata mencucurkan air mata. Kami berkata : "Wahai Rasulullah, sepertinya pelajaran ini adalah pelajaran orang yang akan berpisah ? Oleh kerana itu, berilah kami nasihat". Baginda bersabda : "Aku wasiatkan hendaklah kalian bertaqwa kepada Allah,mendengar dan taat kepada pemimpin kalian sekali pun diperintah oleh seorang hamba, kerana orang-orang yang hidup selepas ini akan melihat perselisihan yang banyak. Maka, hendaklah kalian berpegang teguh pada sunnahku dan sunnah para khulafaur-rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku. Gigit (pegang erat) sunnah tersebut dengan gigi geraham. Tinggalkanlah hal-hal yang baru (dalam agama), kerana setiap bid'ah adalah sesat"


[Diriwayatkan oleh Abu Daud no. 4607; At-Tirmizi no. 2676; Ahmad 4/126-127; Ad-Darimi 1/44; Ibnu Majah no. 43,44; Ibnu Abi 'Ashim dalam As-Sunnah no. 27; Ath-Thahawi dalam Syarh Musykilil-Atsar 2/69; Al-Baghawi no. 102; Al-Ajjuri dalam Asy-Syari'ah hal. 46; Al-Baihaqi 6/541; Al-Lalika'i dalam Ushulul-I'tiqad no. 81; Al-Marwadzi dalam As-Sunnah no. 69-72; Abu Nu'aim dalam Al-Hilyah 5/220, 10/115; dan Al-Hakim 1/95-97. Hadith tersebut berdarjat sahih].


Saya begitu teruja setelah merenung sebuah hadith yang merakamkan Khutbah terakhir Rasulullah SAW seperti di atas. Namun, perasaan sebak itu segera mencengkam jiwa dan sanubari. Alangkah sedihnya sahabat ketika itu kerana bakal kehilangan seorang yang sangat mereka kasihi berbanding diri mereka sendiri. Mereka terpaksa mengharungi zaman perselisihan seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.


Pengajaran yang boleh diambil dari hadith ini sungguh besar. Perkataan Rasulullah SAW pada potongan ayat "kerana orang-orang yang hidup selepas ini akan melihat perselisihan yang banyak" telah menunjukkan betapa penting dan gentingnya peringatan Rasulullah SAW ketika itu. Maka benarlah kata-kata Rasulullah SAW bahawa perselisihan itu pasti akan berlaku. Hari ini kita melihat ramai umat Muslim berpecah kepada banyak pendapat. Kelihatan banyak amalan-amalan dan ritual baru telah muncul. Kebanyakannya kelihatan cenderung untuk menghalalkan apa yang direka cipta di dalam agama dan enggan kembali kepada cara yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dalam peribadatan.


Setelah diperhati keseluruhan hadith di atas, saya tertarik kepada potongan ayat berbunyi "Tinggalkanlah hal-hal yang baru (dalam agama), kerana setiap bid'ah adalah sesat". Bagi mereka yang waras, mereka akan dapat memikirkan potongan ayat itu adalah penyelesaian kepada potongan ayat berbunyi "kerana orang-orang yang hidup selepas ini akan melihat perselisihan yang banyak". Jika kita memahami maksud potongan akhir ayat itu, maka kita akan ketahui betapa tegasnya jawapan Rasulullah SAW untuk mewajibkan kita menjauhi Bid'ah kerana itu sahaja penyelesaian kepada perselisihan yang banyak di akhir zaman. Jika menjauhi Bid'ah itu bukan penyelesaiannya, maka Rasulullah SAW tidak menuturkannya bersama peringatan berlakunya perselisihan yang banyak selepas pemergian baginda.


Namun, pada zaman yang penuh dengan fitnah dan penyelewengan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW akan berlaku ini menunjukkan sebahagian sikap Ummah yang cenderung untuk beramal dengan amal yang baru dan direka-reka. Amalan sebenar dari sunnah Rasulullah SAW seperti dipinggirkan dan diperlekeh. Mereka yang berjuang untuk mengembalikan Islam kepada Islam yang asal dan menentang tokok tambah dalam agama digelar sebagai Wahabi, pengganas, pemecah belah masyarakat dan sebagainya. Inilah ombak fitnah yang harus ditempuhi oleh setiap pembawa risalah Nabi SAW sejak zaman dahulu.

Masalah yang besar yang perlu dihadapi hari ini ialah menghadapi cara fikir sebahagian masyarakat yang tersalah anggap tentang konsep hukum dalam Ibadah Khusus (Ritual). Apabila ditegur perbuatan mereka menyanggahi sunnah dan bid'ah, maka mereka beralasan bahawa ia bukan Bid'ah walaupun mereka tahu Rasulullah SAW tidak melakukan ritual seperti mereka. Alasan mereka ialah apa yang mereka buat itu bertujuan baik dan tidak ada larangan dari Quran dan Hadith.


Amat dukacita konsep pemikiran ini sudah tersebar secara meluas di dalam masyarakat sehingga pintu bid'ah dibuka seluas-luasnya. Ini bertentengan dengan kaedah Usul Fiqh Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Ibadah iaitu "Hukum asal ibadah (ritual) itu adalah terlarang melainkan ada dalil yang menunjukkan ia dilakukan oleh Rasulullah SAW atau para Sahabat. Jika tidak ada dalil dari Quran dan Hadith yang sahih tentang amalan itu, maka ia merupakan amalan terlarang (Bid'ah)".

Namun, konsep ini seperti tidak pernah dikenali oleh generasi ini sehingga mereka memegang kepada konsep " Segala ritual dalam agama boleh direka cipta asalkan nampak baik dan tidak ada dalil melarangnya". Ini terbalik dari konsep yang digunapakai oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memahami hukum ibadah. Jika konsep yang salah ini digunapakai, maka hampir semua hal agama boleh direka cipta dan ditambah asalkan ia nampak baik. Jika begitu, bolehkah menambahkan azan di dalam solat Aidul Fitri? Bukankah ia baik dan tidak ada dalil larangan tentangnya? Jika begitu, bolehkah takbir raya sebelum solat zohor di masjid? Bukankah ia adalah baik kerana memuji Allah dan tidak ada dalil larangan tentangnya? Jika konsep ini yang dipakai, maka itulah yang terjadi kepada Aminah Wadud dengan menjadi Imam Solat Jumaat Wanita pertama di dunia. Alasannya ia demi kebaikan dan tidak ada dalil larangan tentangnya. Konsep inilah yang dipakai oleh Syiah sehingga agama diubah dan ditokok tambah sesuka hati. Maka rosaklah ketulenan Islam dan tercemarlah kesuciannya yang asal.


PENYELESAIAN BIJAK


Penyelesaian untuk perselisihan hebat akhir zaman itu boleh diselesaikan dengan satu cara sahaja. Iaitu hanya mengamalkan cara Ibadah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan meninggalkan segala Bid'ah (Ritual agama selain yang diajar oleh Rasulullah SAW). Dengan cara ini kita tidak perlu lagi berbalah sama ada amalan rekaan itu boleh dilakukan atau tidak kerana jika kita hanya mengamalkan cara Ibadah Rasulullah SAW, maka kita pasti akan selamat dari risiko kesesatan dan Bid'ah. Jika kita masih ingin mengamalkan perkara baru, maka ia masih dalam situasi samar (bagi mereka yang tidak memahami Sunnah). Tidak mahukah kita memilih jalan yang paling bebas risiko ? Sudah tentu apa yang kita tahu Rasulullah SAW lakukan itu benar dan mutlak. Kaedah ini adalah kaedah paling selamat untuk kita menempuhi zaman yang penuh dengan fitnah dan penyelewengan. Wallahua'lam.



Friday, August 20, 2010

terdidik kerana sebiji tembikai




Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.


Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendenga pertanyaan tersebut.


Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.

Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.


" Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Waalahu'Alam.



Sunday, August 15, 2010

Kata-Kata Nasihat Ibnu Quyyim

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

mutiara 5



"Kamu tidak dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda, oleh itu gembirakanlah mereka dengan senyuman berseri dan ikhlas luhur."

Friday, August 13, 2010

wudhuk yang "SEMPURNA"


assalamualaikum...Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunglah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah
daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?. Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu. Ya Allah, Kau berilah kesejahteraan kehidupan di Dunia & Akhirat insan yang telah sudi membaca post ini serta seisi keluarga mereka ..... Aamiiiin.Insya Allah dapat pahala berdakwah. Wasallam.


artikel ini saya copy dari fACEBOOK dan saya sertakan link nya,,sama-sama kita mencari bekalan akhirat,,



Solat Yang Khusuk

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”. Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin”. Isam bertanya, “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?” Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air, sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara”.


Bertaubat
Menyesali dosa yang telah dilakukan
Tidak tergila-gilakan dunia
Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
Tinggalkan sifat berbangga
Tinggalkan sifat khianat dan menipu
Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”.

Aku sedang berhadapan dengan Allah
Syurga di sebelah kananku
Neraka di sebelah kiriku
Malaikat Maut berada di belakangku
Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratul Mustaqim’
Aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik
Sambungnya lagi, “Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud (mengucapkan dua kalimat syahadat yakni kepada Allah dan RasulNya) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun”.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sabda Nabi, “Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya




artikel ini saya sudah baca dulu insya'allah tiada pengubahan didalam nya..dan saya copy and paste dari FACEBOOK..

Wednesday, August 11, 2010

anjing dan penzina

Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:

"Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu" (Riwayat al-Bukhari).

Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNya, yang lantas akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya. Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar.

Namun rahmat Tuhan itu selalu kelihatan hambar disebabkan lidah-lidah sesetengah mereka yang mengaku diri mewakili Tuhan untuk berbicara tentang agamanya. Mereka ini kadang kala yang memakai bahasa, baju dan gelaran agama, seakan mewakili Tuhan dan Nabi. Malangnya, mereka tidak membawa misi rahmat seperti yang diajar oleh Alah kepada NabiNya s.a.w

Mereka itu selalu gambar Allah penuh dengan sifat keras, tanpa ihsan dan kesian, hanya tahu menghukum dan melaknat. Di manakah keindahan rahmat Allah seperti yang digambarkan dalam hadis di atas?! Di manakah imbangan yang terkandung dalam firman Allah:

"Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Dan bahawa azabKu, adalah azab yang tidak terperi sakitnya" (Surah al-Hijr 49-50)

HINA DAN MULIA

Perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur. Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun. Ada pun anjing binatang yang dianggap hina dalam kebanyakan masyarakat. Perumpamaan 'engkau bagaikan anjingkan' adalah ungkapan buruk dalam berbagai bangsa dan budaya.

Namun, seorang wanita penzina mendapat keampunan Allah S.W.T disebabkan seekor anjing. Siapalah pelacur atau penzina di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?! Namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan. Apatah lagi jika seorang yang baik memberikan bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.

APAKAH SYURGA MURAH?

Kita mungkin tertanya-tanya: alangkah murahnya syurga, dosa yang besar seperti kegemaran berzina dapat dipadamkan dengan beberapa teguk air yang diberikan kepada anjing. Apakah ini bererti jika seseorang itu perasuah atau penzalim besar maka dia akan diampunkan dengan membuat jamuan rakyat atau dengan beberapa hidangan yang dihantar ke masjid? Sudah pasti tidak demikian! Jika itulah tafsirannya, hadis ini akan menjadi lesen manusia berbuat berbagai kesalahan, lalu dia diampunkan dengan sedikit bantuan dan sedekah yang dihulurkan. Tidak begitu!

Perkara yang utama yang menentukan nilai dan harga setiap amalan adalah apa yang terkandung dalam jiwa atau jantung hati pengamalnya. Inilah perkara paling sukar hendaklah dicapai dan dijaga. Keikhlasan dan kejujuran. Ia tersimpan dalam jantung hati insan. Allah mengetahuinya. Tiada ruang berpura-pura dalam jiwa. Ia melahir diri yang insaf dan tawaduk kepada Allah.

Amalan yang sama mempunyai nilai berbeza di sisi Allah disebabkan berbezanya keikhlasan dan kekusyukan jiwa pengamal-pengamalnya. Nilai solat dua rakaat setiap kita, mungkin tidak sama di sisi Allah berdasarkan kekusyukan pengamalnya. Bahkan solat dua rakaat yang seseorang lakukan dari masa ke semasa juga tidak sama di sisi Allah disebabkan perbezaan keikhlasan dan kekusyukan ketika mengamalkannya. Maka dua orang yang berada dalam saf solat yang sama, belum tentu mendapat ganjaran yang sama. Boleh jadi beza antara mereka bagaikan langit dan bumi.

Demikianlah amalan baik sesama manusia atau terhadap haiwan dan alam, Allah mengetahui hakikat yang tersimpan dalam jantung hati setiap yang melakukan amalan itu. Perbuatan mungkin kelihatan sama, namun nilai kejujuran dan penyerahan jiwa kepada Allah, tidak semestinya sama. Menderma, berbudi bahasa, tolong menolong dan seumpamanya adalah amalan yang baik pada zahirnya. Nilaian di sisi Allah pada keikhlasan dan keinsafan diri pengamalnya. Sebab setiap pembuat kebaikan itu tidaklah semestinya sama kadar kejujuran yang ada dalam jiwa mereka.

BANYAK DAN SEDIKIT

Bahkan kadang-kala mungkin ada amalan yang sedikit tapi nilaiannya lebih besar dari amalan yang banyak. Ini disebabkan apa yang terkandung dalam jiwa pengamalnya. Seorang miskin yang menderma RM 10, mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih dari seorang kaya yang menderma RM1000. Sekalipun nilainya cuma RM10, tetapi itulah kadar yang dia termampu. Kadar itu pula besar bagi dirinya yang hanya bergaji 10 atau 15 ringgit sehari.

Dia mengeluarkan RM 10 dengan penuh erti dan berat, sekalipun mungkin lekeh bagi orang lain. Dia keluarkannya dengan penuh ikhlas dan insaf terhadap kurniaan Allah. Sudah pasti derma seperti itu berbeza di sisi Allah dibandingkan derma RM1000 yang dikeluarkan oleh seorang berharta dengan kesombongan, atau kurang keikhlasan, atau ada tujuan tertentu; tanpa rasa insaf dan mengharap ganjaran Allah. Sekalipun RM10 lebih kecil, tetapi ia lebih bernilai di sisi Allah. Namun, jika kadar yang besar dikeluarkan dengan jiwa yang luhur, pastilah ganjarannya lebih.

TIDAK SAMPAI AJARAN

Demikian juga pelacur tadi, perbuatannya mungkin nampak ringkas iaitu memberi minum kepada seekor anjing, namun mungkin jiwanya penuh dengan insaf dan mengharapkan kurniaan Tuhan kepadanya atas perbuatan baik itu, maka dia pun diampun, dan dibuka jalan kebaikan. Mungkin juga perbuatan lacur yang dilakukan selama ini kerana keadaan yang memaksanya, atau kehidupan yang mendesaknya, atau suasana yang mengheretnya begitu. Allah tahu tentang dirinya, Allah tahu tentang nilai-nilai luhur yang ada dalam jiwanya. Memberi minum kepada anjing yang kehausan itu satu bukti dari nilai baik dalam dirinya itu. Allah ampuninya. Demikian Allah akan ampuni hamba-hambaNya yang baik yang berada dalam suasana yang sama.

Berapa ramai orang-orang bukan muslim yang sangat baik kepada masyarakat manusia, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan. Malangnya, umat Islam atas kelemahan dan kegagalan menjadi contoh yang baik menyebabkan Islam tidak sampai kepada mereka dengan cara yang sebenar lagi meyakinkan. Saya percaya Allah akan mengampuni mereka, sekalipun ada kelemahan pada diri mereka. Namun, kebaikan yang mereka tunjukkan, yang dilakukan dengan jiwa yang luhur, ada nilai di sisi Allah. Apatah lagi menyebut:

"Kami tidak akan mengazab, sehinggalah Kami mengutuskan rasul" (Surah al-Isra; ayat 15).

Maksudnya, sehingga ajaran rasul atau utusan Allah itu sampai kepada seseorang, barulah dia dikira bersalah jika enggan mengikutnya. Ajaran Islam yang sebenar gagal disampaikan kepada kebanyakan masyarakat manusia di dunia ini. Selain media Barat yang memburukkan wajah Islam, umat Islam sendiri pun tidak berdakwah dan gagal menjadi contoh yang baik. Ramai manusia hidup atas nilai-nilai kebaikan yang ada dalam jiwa mereka tanpa berpeluang menikmati tauhid yang benar. Semoga Allah mengampuni mereka. Bahkan mungkin mereka lebih mendapati keampunan Allah, dibandingkan kita yang mengetahui ajaran para rasul, tetapi gagal menanamkan nilai-nilai luhur dan jujur dalam jiwa.

INSAFI DIRI

Hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah, dosa tetap dosa. Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari mereka mendapat keampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidaklah sama. Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya. Namun, jika pada dalam jantung hatinya keikhlasan, kejujuran dan keinsafan diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang. Semoga kita semua tawaduk serta insaf terhadap kelemahan diri sendiri dan kelebihan yang mungkin dimiliki oleh orang lain, sehingga dia mungkin disayangi Allah lebih daripada kita! Dengan keinsafan dan perasaan tawaduk itu, diharapkan kita juga mendapat keampunan Allah!

artikel ini saya copy and paste dari FACEBOOK di-PAGE "HARI KIAMAT SUDAH HAMPIR"

3 Hal Yang Membuat Iblis Tertawa Kemenangan

Syeikh Dhirar bin Murrah, seorang ulama sufi kenamaan yang hidup di Kufah (Irak), wafat pada 132 Hijriyah pernah berkata bahwa Iblis mengatakan, ”Jika saya mampu menguasai Bani Adam dalam tiga hal, berarti keinginanku telah tercapai dan saya telah menang, yaitu:

1. Jika lupa akan dosanya;

2. Jika merasa cukup akan amalnya;

3. Jika kagum dan bangga akan pendapatnya (merasa pintar).

Sebenarnya ketiga hal (penyakit) pancingan Iblis yang dikhawatirkan Syeikh Dhirar merupakan penjelmaan dari inti ajaran Agama yang banyak ayat dan hadits Nabi SAW secara mantuq dan mafhum yang meminta untuk menjauhkan hal-hal tersebut.

1. Penyakit lupa akan dosa, intinya adalah agar manusia senantiasa ingat dan beristighfar kepada Allah SWT, karena semua manusia tak luput dari dosa.

Ingat dosa, istighfar dan bertaubat adalah sarana untuk menyambut ke depan yang lebih baik dengan penuh asa. Jika manusia lupa akan dosa akan mudah tertutup hatinya karena tidak merasa butuh kepada ampunan Allah, maka rasa keangkuhan akan timbul, pada gilirannya keagungan dan kebesaran Tuhan sudah tidak tampak lagi dihadapannya, karena Allah menghilangkan bukti kebesaran dan keagunganNya dari para mutakabbirin, firman Allah SWT, ”Aku akan memalingkan tanda-tanda kekuasaan-Ku dari orang-orang yang menyombongkan diri (mutakabbir) di muka bumi tanpa alasan yang benar”(QS.7/146).

Manusia seperti ini tidak lagi merasa bersalah jika melakukan maksiat atau dosa, parahnya lagi sudah tidak sungkan untuk terang-terangan dalam maksiat atau mujaharah. Perbuatan dosa yang Mujaharah ini yang sulit diampunkan oleh Maha Pengampun, karena sudah tidak takut dan malu lagi terhadap Allah SWT dan tidak malu pula terhadap manusia.

Tidak berpuasa secara terang-terangan, minum-minum keras di depan khalayak, berselingkuh,( baca: berzina direkam, sehingga teredarkan.) Orang yang berbuat dosa tapi sembunyi hanya Allah SWT yang tahu, lebih baik ketimbang manusia yang berbuat dosa tapi terang-terangan. Pada saat Allah SWT menutup rahasia dosa manusia agar manusia tersebut suatu ketika bertaubat kepadaNya, sayangnya manusia sendiri mendeklarasikan, bahkan menceritakan dan bangga dengan dosanya! Bagaimana manusia lain dapat menutup aib saudara yang mujaharah, kalau dia sendiri yang menyebarkannya?

2. Musibah lain yang merupakan penyakit bani Adam yaitu merasa cukup dengan amal (cukup dengan apa yang diketengahkan). Apa yang telah dikerjakan seakan sudah sempurna, sehingga tidak mau mengoreksi dan mengembangkan ke arah lebih baik lagi. Tak pernah bertanya sudah cukupkah amal saya? sudah betulkah ibadahnya, akibatnya tidak mau balajar qiraat al-Qur’an karena sudah merasa betul bacaannya, juga tidak mau belajar hukum taharah, wudhu, salat secara benar karena sudah merasa cukup benar, dan tidak mau pula meningkatkan kerja yang bermanfaat.

Penyakit merasa cukup harus segera ditanggalkan, sebaliknya, harus terus menyempurnakan dan mengembangkan ke arah yang lebih baik lagi, yang dituntut merasa cukup dan qana’ah hanyalah terhadap karunia yang diberikan Allah SWT (rizki) agar jangan menjadi tamak, tentunya setelah berusaha maksimal dan tawakkal!

3. Penyakit lain yang manusia lengah yaitu merasa pintar dan selalu bangga dengan pendapatnya. Akibatnya, tidak mau lagi mendengar nasihat orang lain dan tidak merasa perlu untuk bermusyawarah kepada orang yang pantas untuk diajak musyawarah. Selalu merasa pendapatnyalah yang paling benar, padahal belum tentu demikian, kalau Nabi Muhammad SAW saja diminta bermusyawarah kepada para sahabatnya, apalah artinya manusia biasa, tentunya lebih diminta untuk menghormati dan mendengar pendapat orang lain, dengan harapan semoga keputusan yang diadopsi dan diterapkan akan lebih dekat kepada kebenaran. Semoga kita semua terhindar dari ketiga penyakit yang dikhawatirkan Syeikh Dhirar, yang digambarkan sebagai kemenangan Iblis tersebut!

=============================================================================

Pesan Ini Disampaikan Oleh H.A.S

Wednesday, August 4, 2010

kasihnya baginda kepada kita

Dalam sebuah riwayat hadith... dikisahkan...

..ketika itu Nabi Muhammad SAW sdg duduk bersama para sahabat diantaranya Saidina Umar, Osman, Ali, Abu Bakar dan lainnya... lalu kemudian baginda bertanya pada para sahabat..

"wahai sahabatku, tahukah kalian, siapakah hamba Allah yg mulia di sisi Nya..."

para sahabat terdiam.. lalu kemudian salah seorang sahabat mengatakan...
"para malaikat ya Rasulullah.. merekalah yg mulia.."

Baginda berkata, "ya para malaikat itu mulia... kerna mereka dekat dgn Allah... mereka sentiasa bertasbih dan beribadah kepada Allah...sudah tentu malaikat mulia, tapi... bukan itu yg ku maksudkan.."

lalu kemudian para sahabat kembali terdiam...
tiba2 seorang sahabat pula berkata... '" tentulah para Nabi itu mulia ya Rasulullah..."

Nabi Muhammad tersenyum dan berkata, "ya, para Nabi itu mulia... mereka adalah utusan dari Allah.. sudah tentu mereka mulia... tapi ada lagi yg lainnya.."

para sahabat terdiam lagi.... lalu bertanya, "siapa lagi yg mulia???"
lalu seorang lagi sahabat bertanya, "apakah kami sahabatmu ya Rasulullah yg mulia itu..?"

Baginda memandang wajah sahabat satu persatu dgn penuh kasih syg... baginda tersenyum melihat mereka.. lalu berkata, "tentulah kalian mulia.. kalian dekat dgnku malah kalain membantu perjuanganku, bagaimana mungkin kalian tidak mulia.. tentulah kalian mulia... tapi.. ada lagi lain yg mulia..."

para sahabat terdiam semuanya... mereka xmampu berkata apa2 lagi..

lalu.. bayangkan, tiba2 Baginda Nabi Muhammad SAW merundukkan wajahnya,
bayangkan tiba2 Nabi Muhammad SAW menangis dihadapan para sahabatnya..

penuh sayu para sahabat pun tertanya, "kenapa kau menangis ya Rasulullah.."

lalu bayangkan Baginda mengangkat wajahnya kelihatan air mata yg berlinangan membasahi pipi dan janggut Baginda dan berkata...

"wahai saudaraku sahabatku, tahukah kalian siapa yg mulia itu?"

"mereka adalah manusia2 yg akan lahir lama selepas wafatku nanti..."

"mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian, mereka xpernah memandangku.. mereka xpernah melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat denganku sebagaimana kalian.."

"tetapi mereka begitu rindu kepadaku..."

dengan penuh kasih syg Baginda berkata...
"dan.. saksikanlah wahai sahabtku semua... AKU PUN RINDU KEPADA MEREKA...."

"dan mereka, mereka yg mulia itu......."

"merekalah........ UMATKU............"

bayangkan pada saat itu Baginda menitiskan air matanya semua sahabat menangis..

** Disini tolong nyatakan siapa yg dirindui Baginda, siapa yg selalu di doakan oleh Baginda setiap waktu???

Demi ALLAH, sekarang tolong tanya pada diri kita semua, pejamkan mata dan tanya pada hatimu teman2ku.. SUDAHKAH KAU SUDAH MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW..??

RENUNG KEMBALI SIAPA YG KAMU SYG SEBELUM INI...... DUNIAMU??? ATAU KEKASIHMU????

ADAKAH KITA SUDAH LUPA PADA PENGORBANAN BAGINDA..??? ADAKAH KITA LALAI TERHADAP BAGINDA....?? KITA MELEBIHKAN DUNIA DAN KEKASIH KITA BERBANDING BAGINDA... SUBHANALLAH...

TANYA PADA DIRI KALIAN SEMULA... SUDAH BERAPA LAMA KITA LALAI HIDUP DI DUNIA INI..:'(


JIKA KITA UMATNYA TOLONG TANYA PADA DIRI SENDIRI... SUDAHKAH KITA MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW..?? SUDAHKAH ADA AIR MATA YG BERLINANG KERANA RINDU KITA KEPADA BAGINDA..??

Allahumma Solli Ala Muhammad....

Wassalam.....

mutiara kata 4




Tapak kaki kita kalau dah keras, pijak paku dan duri pun tidak terasa
apa,sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut,
terpijak duri sikit saja terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati,
kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu,
jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat
maksiat

mutiara kata 3


Rebutlah peluang 5 sebelum 5,

masa muda sebelum tiba masa tua,

masa sihat sebelum tiba masa sakit,

masa lapang sebelum tiba masa sempit,

masa kaya sebelum tiba masa miskin ,

masa hidup sebelum tiba masa mati!!

mutiara kata 2


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.